Angry Birds -  Red Bird
»

Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup

Mari kita mengenal apakah benda hidup dan benda bukan hidup
Bagaimana ciri-ciri benda hidup dan bukan hidup

Sunday 11 December 2011

Kitar Semula


Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).






Read More>>

Bagaimana Tumbuhan Menyerap Air

Tumbuhan merupakan sejenis benda hidup yang sudah ada di bumi sebelum wujudnya haiwan. Organisma ini adalah utama berbentuk tumbuhan pernah hidup di dalam laut daripada 3,000 juta tahun lalu. Organisma ini adalah alga hijau biru iaitu sejenis tumbuhan yang masih dapat ditemui di dalam air hingga ke hari ini. Tanpanya, haiwan tidak mungkin dapat hidup kerana semasa tumbuhan membuat makanannya, ia membebaskan oksigen yang digunakan oleh haiwan untuk bernafas.

Tumbuhan tanah paling awal muncul ialah lebih kurang 400 juta tahun yang lalu. Tumbuhan ini tidak mempunyai bunga, daun atau akar. Tumbuhan berbunga yang mula-mula sekali wujud ialah kira-kira 300 juta tahun kemudiannya.

Sel
Sel boleh dikatakan unit-unit asas bagi segala benda hidup sama ada manusia, haiwan dan tumbuhan. Sel ialah benda-benda yang boleh hidup dan membiak tanpa terputus-putus. Sel tumbuhan mempunyai tugas yang khas seperti menyerap air, ada pula yang bertugas mengalirkan air dan ada pula yang khas untuk membuat gula daripada karbon dioksida dan air. Sel tumbuhan dikelilingi oleh satu dinding yang kukuh yang dinamakan dinding sel. Dinding sel ini boleh diaggap sebagai bekas yang mengandungi bahagian hidup sel itu protoplasma bahkan juga membolehkan tumbuhan mempunyai bentuk yang tertentu. Jika tidak adanya dinding sel ini, maka protoplasma yang berkeadaan cecair akan melimpah keluar seperti cecair yang lain juga. Akan tetapi dalam sesetengah tumbuhan ringkas sel boleh hidup dengan tanpa dinding sel ini kerana protoplasmanya keluar dari sel –sel itu dan kemudian disaluti sekelilingnya oleh satu dinding sel baru.

Daun
Daun tumbuhan di tepi-tepi batang dan lazimnya berbentuk nipis,terbentang dan berwrna hijau. Terdapat pelbagai ukuran dan bentuk daun,tetapi semua mempunyai satu fungsi yang utama iaitu membuat makanan dengan kaedah fotosintesis. Proses ini menghasilkan gula daripada karbon dioksida dan air dengan bantuan cahaya matahari. Proses ini hanya berlaku dimana ada klorofil yang mana terdapat di dalam kloroplas. Gula yang dibuat dalam fotosintesis menjadi asas pembinaan segala sebatian komplek yang didapati dalam tumbuh-tumbuhan. Selain daripada itu, tumbuha bernafas(respirasi) dan menghilangkan wap air (transpirasi) melalui daun. Dalam tumbuhan berbunga, Bentuk daun dapat dibahagi kepada dua jenis utama. Jenis daun ringkas dengan lai daun tunggal dan daun majmuk dengan banyak daun pada satu tangkai.

Daun mempunyai beberapa bahagian tertentu untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu. Urat daun yang berfungsi membawa air ,mineral dan makanan ke seluruh bahagian daun.urat daun ini juga bertindak sebagai rangka untuk mengukuhkan daun. Sistem urat bagi sehelai daun dinamakan peruratan. Sesetengah daun misalnya rumput mempunyai urat yang panjang dan selari. Akan tetapi, kebanyakan daun mempunyai urat yang bercabang.

Akar
Pada amnya tugas akar tumbuhan ialah menyerap air dan bahan-bahan galian daripada tanah dan mengukuh atau menegakkan pendirian tumbuhan di dalam tanah. Selain itu, akar tumbuhan juga berfungsi untuk penapasan.dan ia juga boleh menyimpan makanan dengan baik jika dibandingkan batang tumbuhan kerana kedudukan akar adalah dalam tanah.

Akar tumbuhan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti akar sekunder (lateral) yang merupakan akar-akar yang lebih kecil yang tumbuh dari akar utama. Selain itu, terdapat juga hujung akar yang tumbuh di bahagian bawah akar yang bergerak menembusi akar.Sementara itu, akar dilindungi oleh binaan yang berbentuk jidal iaitu jidal akar. Jidal akar ini berfungsi sebagai penebok bagi mengelakkan hujung akar daripada terhakis. Rerambut akar yang halus ini tumbuh betul-betul di bahagian atas hujung akar ini berfungsi untuk menyerap mineral dan air dari tanah.
Read More>>

Hujan

Tahap pembentukan hujan baru dapat dipelajari setelah radar cuaca ditemui. Menurut kadar, pembentukna hujan terjadi dalam tiga tahap. Pertama; pembentukan angin. Kedua: pembentukan awan. Ketiga: turunnya hujan.

APA YANG ANDA DAPAT DI SINI??


TAHAP PERTAMA
Sejumlah besar gelembung udara terbentuk kerana buih di lautan secara terus menerus pecah dan menyebabkan partikel air disemburkan ke langit. Partikel yang kaya garam ini kemudian dibawa angin dan naik ke atmosfera. Partikel-partikel ini yang disebut aerosol, berfungsi sebagai perangkap air. Inilah yang akan membentuk titik-titik awan dengan mengumpulkan wap air di sekitarnya, yang kemudian naik dari lautan sebagai titisan kecil.

TAHAP KEDUA
Awan terbentuk dari wap air yang mengembun di sekitar kristal garam atau partikel debu di udara. Kerana titisan air di awan sangat kecil (dengan kisaran diameter 0.01-0.02mm), awan menggantung di udara dan menyebar di langit sehingga langit tertutup oleh awan.

TAHAP KETIGA
Partikel air yang mengelilingi kristal garam dan partikel debu akan bertambah tebal dan membntuk titisan hujan sehingga titisan hujan akan menjadi lebih berat daripada udara, dan mulai jatuh ke bumi sebagai hujan, titisan hujan dibentuk oleh partikel air yang mengelilingi kristal garam, yang terbawa dari lauan ke awan. Kerana menjadi lebih berat daripada udara, partikl ini terlepas dari awan dan mulai jatuh ke bumi sebagai hujan. Read More>>

Teori Sains Matahahari

MATAHARI dalam perjalanan evolusinya sebagai sebuah bintang menunjukkan sifat-sifat dinamis, baik di lapisan luar (fotosfer, kromosfer, korona) maupun lapisan dalam. Salah satu keajaiban perilaku evolusi matahari adalah fenomena siklus aktivitas 11 tahun.

Siklus merupakan perulangan peristiwa yang biasa terjadi di alam. Siang berganti malam, akibat rotasi bumi pada porosnya. Musim silih berganti akibat kemiringan poros rotasi bumi terhadap bidang orbitnya mengitari matahari (ekuator bumi membentuk sudut 23,5 derajat terhadap bidang ekliptika). Dan matahari ternyata juga memiliki siklus aktivitas.

Read More>>

Saturday 10 December 2011

Bulan

Bulan adalah satu-satunya satelit alami Bumi, dan merupakan satelit alami terbesar ke-5 di Tata Surya. Bulan tidak mempunyai sumber cahaya sendiri dan cahaya Bulan sebenarnya berasal dari pantulan cahaya Matahari.

Jarak rata-rata Bumi-Bulan dari pusat ke pusat adalah 384.403 km, sekitar 30 kali diameter Bumi. Diameter Bulan adalah 3.474 km,[1] sedikit lebih kecil dari seperempat diameter Bumi. Ini berarti volume Bulan hanya sekitar 2 persen volume Bumi dan tarikan gravitasi di permukaannya sekitar 17 persen daripada tarikan gravitasi Bumi. Bulan beredar mengelilingi Bumi sekali setiap 27,3 hari (periode orbit), dan variasi periodik dalam sistem Bumi-Bulan-Matahari bertanggungjawab atas terjadinya fase-fase Bulan yang berulang setiap 29,5 hari (periode sinodik).

Di bulan tidak terdapat udara ataupun air. Banyak kawah yang terhasil di permukaan bulan disebabkan oleh hantaman komet atau asteroid. Ketiadaan udara dan air di bulan menyebabkan tidak adanya pengikisan yang menyebabkan banyak kawah di bulan yang berusia jutaan tahun dan masih utuh. Di antara kawah terbesar adalah Clavius dengan diameter 230 kilometer dan sedalam 3,6 kilometer. Ketidakadaan udara juga menyebabkan tidak ada bunyi dapat terdengar di Bulan.
Read More>>