Angry Birds -  Red Bird
»

Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup

Mari kita mengenal apakah benda hidup dan benda bukan hidup
Bagaimana ciri-ciri benda hidup dan bukan hidup

Sunday 11 December 2011

Bagaimana Tumbuhan Menyerap Air

Tumbuhan merupakan sejenis benda hidup yang sudah ada di bumi sebelum wujudnya haiwan. Organisma ini adalah utama berbentuk tumbuhan pernah hidup di dalam laut daripada 3,000 juta tahun lalu. Organisma ini adalah alga hijau biru iaitu sejenis tumbuhan yang masih dapat ditemui di dalam air hingga ke hari ini. Tanpanya, haiwan tidak mungkin dapat hidup kerana semasa tumbuhan membuat makanannya, ia membebaskan oksigen yang digunakan oleh haiwan untuk bernafas.

Tumbuhan tanah paling awal muncul ialah lebih kurang 400 juta tahun yang lalu. Tumbuhan ini tidak mempunyai bunga, daun atau akar. Tumbuhan berbunga yang mula-mula sekali wujud ialah kira-kira 300 juta tahun kemudiannya.

Sel
Sel boleh dikatakan unit-unit asas bagi segala benda hidup sama ada manusia, haiwan dan tumbuhan. Sel ialah benda-benda yang boleh hidup dan membiak tanpa terputus-putus. Sel tumbuhan mempunyai tugas yang khas seperti menyerap air, ada pula yang bertugas mengalirkan air dan ada pula yang khas untuk membuat gula daripada karbon dioksida dan air. Sel tumbuhan dikelilingi oleh satu dinding yang kukuh yang dinamakan dinding sel. Dinding sel ini boleh diaggap sebagai bekas yang mengandungi bahagian hidup sel itu protoplasma bahkan juga membolehkan tumbuhan mempunyai bentuk yang tertentu. Jika tidak adanya dinding sel ini, maka protoplasma yang berkeadaan cecair akan melimpah keluar seperti cecair yang lain juga. Akan tetapi dalam sesetengah tumbuhan ringkas sel boleh hidup dengan tanpa dinding sel ini kerana protoplasmanya keluar dari sel –sel itu dan kemudian disaluti sekelilingnya oleh satu dinding sel baru.

Daun
Daun tumbuhan di tepi-tepi batang dan lazimnya berbentuk nipis,terbentang dan berwrna hijau. Terdapat pelbagai ukuran dan bentuk daun,tetapi semua mempunyai satu fungsi yang utama iaitu membuat makanan dengan kaedah fotosintesis. Proses ini menghasilkan gula daripada karbon dioksida dan air dengan bantuan cahaya matahari. Proses ini hanya berlaku dimana ada klorofil yang mana terdapat di dalam kloroplas. Gula yang dibuat dalam fotosintesis menjadi asas pembinaan segala sebatian komplek yang didapati dalam tumbuh-tumbuhan. Selain daripada itu, tumbuha bernafas(respirasi) dan menghilangkan wap air (transpirasi) melalui daun. Dalam tumbuhan berbunga, Bentuk daun dapat dibahagi kepada dua jenis utama. Jenis daun ringkas dengan lai daun tunggal dan daun majmuk dengan banyak daun pada satu tangkai.

Daun mempunyai beberapa bahagian tertentu untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu. Urat daun yang berfungsi membawa air ,mineral dan makanan ke seluruh bahagian daun.urat daun ini juga bertindak sebagai rangka untuk mengukuhkan daun. Sistem urat bagi sehelai daun dinamakan peruratan. Sesetengah daun misalnya rumput mempunyai urat yang panjang dan selari. Akan tetapi, kebanyakan daun mempunyai urat yang bercabang.

Akar
Pada amnya tugas akar tumbuhan ialah menyerap air dan bahan-bahan galian daripada tanah dan mengukuh atau menegakkan pendirian tumbuhan di dalam tanah. Selain itu, akar tumbuhan juga berfungsi untuk penapasan.dan ia juga boleh menyimpan makanan dengan baik jika dibandingkan batang tumbuhan kerana kedudukan akar adalah dalam tanah.

Akar tumbuhan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti akar sekunder (lateral) yang merupakan akar-akar yang lebih kecil yang tumbuh dari akar utama. Selain itu, terdapat juga hujung akar yang tumbuh di bahagian bawah akar yang bergerak menembusi akar.Sementara itu, akar dilindungi oleh binaan yang berbentuk jidal iaitu jidal akar. Jidal akar ini berfungsi sebagai penebok bagi mengelakkan hujung akar daripada terhakis. Rerambut akar yang halus ini tumbuh betul-betul di bahagian atas hujung akar ini berfungsi untuk menyerap mineral dan air dari tanah.

0 comments:

Post a Comment